Saturday 22 June 2013

Minggu Orientasi KML Sesi 2013/2014

Assalam...sudah lama nampaknya aq x mengarang nie...kini teringat kembali ingat berkongsi kisah yang menarik bagi diri ini...sebelum semester ke 2 berakhir aq telah mengikuti temuduga untuk menjadi fasilitator bagi Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) ke KML bg sesi 2013/2014...alhamdulilah permohonan diterima dan pada tanggal 16 mei telah menjejakkan kaki ke KML untuk menjalankan tugas masing2...dapat lagi berjumpa dgn shabat2 PST yang lain..alhamdulilah masih dapat bersua muka...Penghulu & penghuluwati yang dilantik merupakan alumni2 dari KML dan keduanya menuntut d USM...kemudian perancangan d buat bagi memastikan kelancaran majlis pendaftaran pelajar dan sepanjang MPPB bermula...namun mungkin sbb kekurangan fasi jadi kerja pun bertambah bagi setiap fasi...tp itu adalah lumrah bak kata abg mam dan kak sya....








dan tibalah hari pendaftaran...keadaan menjadi sesak d kml dan penuh dgn kereta...aq pula bertugas d bahagian ajk pengangkutan dan sememangnya tugas yang berat dan mencabar...tp sbb bantuan dr rakan2 ajk yang lain majlis pendaftaran berakhir dgn baik...






 

minggu orientasi bermula pd keesokan harinya dan semua pelajar baru didedahkan dgn kehidupan d KML...Pelajar dikejutkan seawal jam 4 pagi supaya bersiap untuk ke surau bagi yang muslim dan ke dewan bagi yang non-muslim bagi aktiviti LDK moral...biarpun letih kerana hampir setiap fasi hanya tidur hanya untuk beberapa jam sahaja,tp tugas tetap tugas..dan tanggungjawab yang dipikul harus dilaksanakan...

Apa yang amat mengejutkan kerana tanpa disangka walaupun aq terpaksa tidur pada jam 1.30 pg namun masih dpt bangun seawal jam 4 pg untuk mengejutkan para pelajar yang lain...sememangnya risau jugak pada mulanya kerana d rumah dah terbiasa bangun dan tidur lewat...tp alhamdulilah,syukur kerana dapat bangun awal...masa yang ada digunakan untuk membersihkan diri...

aktiviti sesi latihan dlm kumpulan(LDK) d mana seorang pensyarah ditempatkan bagi satu kumpulan LDK dan diberitahu cara yang berkesan untuk belajar d KML...harap2 nasihat ini berguna bagi mereka...






Setelah seminggu majlis pendaftaran bermula ia mencapai penghujungnya dan saat yang sedih kerana tidak akan berjumpa buat suatu masa...biarpun hanya seminggu bekerja bersama-sama tapi pengalaman sebagai sebuah keluarga x mungkin dpt dilupakan...saat manifesto mungkin juga merupakan saat yang x dpt dilupakan sbb d situlah luahan masalah yang berlaku dan kita sebagai satu keluarga berjaya menanganinya...aq mengucapkan terima kasih dan syabas kepada setiap fasi atas khidmat dan bakti semasa MPPB berlangsung dan mohon maaf atas segala salah dan silap...moga kita berjumpa lagi d suatu masa yg lain...

All pictures Credit to Aizat(member of Surau Al-Irfaan) and Kak Rika(JPP and member of Surau Al-Irfaan)

No comments:

Post a Comment