Friday 26 October 2012

Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum kepada semua..sebelum terlambat sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha kepada semua yang beragama islam...sememangnya suasana pada hari ini berbeza sedikit bagi aq kerana pada tahun ini buat pertama kalinya beraya di kolej dan bukannya bersama keluarga..tp tidak mengapalah kerana pada minggu hadapan adalah minggu yang amat mendebarkan di mana pelajar2 di seluruh malaysia yang belajar di kolej matrikulasi akan menghadapi peperiksaan semester bagi program matrikulasi (pspm)...

Kelmarin setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya..para pensyarah bersama-sama bekerjasama melakukan ibadah korban..aq hanya dapat memerhatikan kerana x sesuai pakaian pd waktu itu untuk terlibat sma...hanya ahli surau al-irfaan dan sahabat2 yang balik ke asrama dan dtg semula menukar pakaian sahaja yang berpeluang untuk sama2 menolong..

pada waktu ptgnya semua warga KML dijemput untuk menjamu selera...ramai yang berpusu-pusu ke majlis itu dan setelah itu meneruskan aktiviti harian dgn beriadah atau melakukan aktiviti yang disukai masing2...

Alhamdulilah surau al-irfaan telah mengadakan solat sunat hajat setiap malam setelah solat isya' untuk menghadapi PSPM dan setelah itu disusuli dgn bacaan surah yasin..insyaallah ini akan dilakukan sehinggalah peperiksaan tamat..

Sama2 kita mendoakan semua pelajar cemerlang dan semoga aq juga cemerlang dalam peperiksaan ini nanti...

No comments:

Post a Comment